Tuesday, 17 October 2017

SELAMAT HARI DEEPAVALI 2017


Kami warga SKSL mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali 2017.




Wednesday, 13 September 2017

SELAMAT HARI MALAYSIA 2017


  
 
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.  Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

PEPERIKSAAN UPSR 2017

TARIKH : 11 - 14 SEPTEMBER 2017
HARI : ISNIN - KHAMIS
Sempena Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan berlangsung dari 11-14 September 2017, Kami warga SK Sri Laksamana mendoakan murid-murid yang akan menduduki peperiksaan tersebut akan dapat menjawab soalan dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang.


Thursday, 25 May 2017

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Kami warga SKSL mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua umat islam diseluruh dunia.