Tuesday 26 July 2011

PENYAMPAIAN HADIAH KUIZ SPONTAN

PENYAMPAIAN HADIAH KUIZ SPONTAN UNTUK SAMBUTAN ISRA' DAN MIKRAJ
TARIKH : 25 JULAI 2011 (ISNIN)
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK

“Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”.
(Maksud Surah Al-Baqarah : 183)
 JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN WAKTU IMSAK BAGI SELURUH NEGERI MELAKA TAHUN 1432H / 2011M
Muat Turun
Kadar Zakat Fitrah Bagi Seluruh Negeri Melaka Tahun 2011 : RM 6.50

Wednesday 20 July 2011

PROGRAM CERMINAN PERMATA 2011

SASARAN 142 ORANG MURID TAHUN 6
TARIKH : 20 JULAI 2011
HARI : RABU
TEMPAT : DEWAN SKSL
PENCERAMAH : EN. ROHIZAL BIN MOHAMAD (INPERSON CONSULTANCY)

Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah yang teguh dalam mengharungi duri-duri kehidupan yang penuh mencabar dan seterusnya dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Objektif utama program ini adalah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan ilmu dan ketinggian peribadi dalam diri murid. Membimbing murid agar lebih berdisplin dari segi pengurusan masa dan diri. Meningkatkan sahsiah diri yakin diri untuk cemerlang ke dalam jiwa dan minda murid-murid. Menyemai rasa cinta dan yakin diri untuk cemerlang ke dalam diri murid-murid. Mencetuskan semangat dan motivasi yang tinggi ke dalam diri murid-murid ke arah menuntut ilmu dan mengimbanginya dengan sahsiah yang mulia.

Friday 15 July 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR DAN UJIAN BULAN JULAI 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2011
UJIAN BULAN JULAI UNTUK TAHUN 2, 3, 4 & 5
TARIKH : 19 JULAI - 22 JULAI 2011
HARI : SELASA - JUMAAT

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' DAN MIKRAJ 2011

TARIKH : 15 JULAI 2011
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN

Matlamat program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar memahami pegertian Isra' dan Mikraj dan mengambil iktibar daripada peristiwa Isra' dan Mikraj sebagai asas perkembangan tamadun manusia.

Objektif majlis tersebut adalah untuk mengingati sejarah bermulanya ibadat solat 5 waktu sehari semalam, mengakui kebesaran ALLAH, wajib menunaikan solat 5 waktu sehari semalam, menjauhi perkara mungkar dan maksiat serta memperbanyakkan amal kebajikan.